Kompleks Falak Al-Khawarizmi merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat Latihan. Balai cerap yang menelan kos berjumlah RM2.1 juta termasuk kelengkapannya menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik orang kenamaan (VIP), surau, ruang pameran dan bilik kuliah untuk kegunaan kakitangan dan para pelawat.
Bilik VIP ini dilengkapi dengan kemudahan rangkaian komputer yang mana ia disambung kepada kubah balai cerap ini. Di anjung tinjau pula ditempatkan tiga buah teropong. Pihak pentadbiran juga menjalankan pelbagai kegiatan termasuk pendidikan dan aktivitinya tertumpu kepada penganjuran kursus-kursus falak, di antaranya kursus Teleskop, Theodolite dan terbaru kursus Rubu’ Mujayyab. Tips Ianya dibuka kepada orang ramai pada setiap hari bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Para pelawat dinasihatkan memakai pakaian yang kemas dan tertib. Seluar pendek, mini skirt dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
Kompleks Falak Al-Khawarizmi telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Disember 2007. Kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian ilmu falak serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka.
Dengan terbinanya Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini, masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi, Di samping itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu. Pengurusan Kompleks Falak Al Khawarizmi berhasrat untuk menjalin hubungan dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Mufti Negeri Melaka yang melibatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam sektor pelancongan dan penginapan yang semestinya akan membantu Kerajaan Negeri Melaka untuk mengurangkan kos operasi dan menjana peningkatan pendapatan hasil kepada Kerajaan Negeri Melaka menerusi transaksi perniagaan dan pengurusan yang bakal kami realisasikan.
Pusat latihan di kompleks falak al khawarizmi amat sesuai untuk Kursus, Seminar, Mesyuarat, Kem Motivasi, Ceramah, Pakej Kursus / Seminar, dan Program Latihan.
PAKEJ SEMINAR/KURSUS ADA DISEDIAKAN DENGAN HARGA BERPATUTAN
Auditorium 300 Perserta
Bilik Kuliah 80 Perserta
Dewan Serbaguna 300 peserta
Makmal komputer 27 peserta
KADAR SEWAAN KEMUDAHAN LATIHAN
Auditorium RM900.00 sehari
Dewan Kuliah RM200.00 sehari
Dewan Serbaguna RM400.00 sehari
Makmal Komputer RM30.00 seunit /sehari
PENGINAPAN SEMINAR/KURSUS DI KOMPLEKS FALAK AL KHAWARIZMI
Domitori RM 15.00 seorang / 40 KATIL 2 TINGKAT
Bilik KATAGORI C RM 55.00 sebilik / 40 BILIK
Apartment katagori B RM 165.00 sehari / 4 unit
Apartment katagori A RM 185.00 sehari / 2 unit